Saturday 10 November 2012



ZABAIDAH BINTI ABIDIN
D 20112052561



MAJLIS PERSARAAN GURU BESAR SK. BUKIT CHORAS
8 November 2012

Ucapan wakil murid SK Bukit Choras
Ucapan daripada wakil guru

Sebahagian daripada murid SK BUkit Choras

Amanat terakhir Tuan Hj Ishak bin Salleh

Sebahagian daripada guru sedang khusyuk mendengar amanat terakhir daripada Guru Besar

Ciuman terakhir daripada seorang guru buat anak didiknya

Thursday 27 September 2012

NILAI BITARA

-->
1.0     PENGENALAN

Bitara membawa maksud memiliki ciri-ciri unik, unggul, tiada tolok bandingnya serta lain dari yang lain. Ada enam nilai yang dapat membentuk personaliti Bitara ini. Nilai-nilai ini terbentuk melalui pendidikan, latihan, ekonomi, budaya, pengalaman, kepercayaan, masyarakat dan juga persekitaran.
            Nilai-nilai yang membentuk personaliti Bitara ini ialah intergriti, profesional, semangat berpasukan, berorientasikan pelanggan, prihatin kebajikan anggota serta kreatif dan inovatif. Keenam-enam nilai ini akan dapat menjadikan personaliti Bitara menjadi realiti.
            Keenam-enam nilai Bitara ini seharusnya menjadi panduan kepada guru bagi membentuk sahsiah mereka. Guru seharusnya memahami dan melaksanakan tanggungjawab mereka tanpa mengenepikan aspek pembangunan sahsiah guru. Nilai ini bukan setakat diketahui tetapi harus jua difahami dan diaplikasikan dalam kehidupan seharian, bukan sahaja di sekolah malah sepanjang masa.
            Dalam konteks dunia pendidikan yang serba mencabar dewasa ini, guru-guru perlu peka dan beriltizam untuk menjadikan mereka dan juga produk mereka mendapat pengiktirafan. Oleh itu nilai-nilai Bitara ini perlu dikuasai oleh guru-guru ini. Proses pengajaran dan pembelajaran haruslah konsisten dengan halatuju dan falsafah pendidikan negara. Dalam menuju negara maju tahun 2020 dan pembelajaran bertaraf dunia, para guru haruslah mempunyai sikap dan semangat yang tinggi serta bersifat proaktif dalam menjayakan iltizam dan harapan bangsa.

2.0       CIRI-CIRI GURU BERKESAN

Peranan guru dalam profession mereka adalah sangat penting kerana guru merupakan arkitek pembangunan negara. Murid pada hari ini adalah pemimpin masa hadapan. Maka, adalah penting bagi seorang guru mempunyai ciri-ciri yang berkesan dalam menjalankan tugas mulia ini. Guru di dalam kelas berperanan untuk membina murid-murid yang akan menjadi masyarakat yang mempunyai ciri-ciri glokal, patriotik dan semangat cintakan negara.
            Antara ciri-ciri guru yang berkesan ialah :
2   1Profesional
Dalam menyahut usaha kerajaan untuk menjadikan pembelajaran bertaraf dunia, guru-guru perlu bersikap profesional. Seorang guru yang profesional memiliki sikap yang cintakan ilmu, mempunyai iltizam yang tinggi, beretika dan juga kompeten. Mereka berusaha untuk mendapatkan ilmu secara formal dan tidak formal. Contohnya, sentiasa bersedia untuk berubah seiring dengan peredaran masa dan sentiasa menyahut cabaran untuk meninggikan tahap pencapaian masing-masing. Ini semua dilakukan agar proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas bertambah baik dan matang.
            Bagi meningkatkan tahap profesionalisme guru, guru perlu berusaha untuk meningkatkan kendiri mereka melalui penyelidikan tindakan, refleksi, mengamalkan budaya ilmu, menghadiri Kursus Peningkatan Profesionalisme Keguruan dan mengamalkan budaya pembelajaran sepanjang hayat.
Guru-guru perlu menghadiri sesi latihan dalam perkhidmatan dan berkolaborasi sesama rakan sejawat bagi meningkatkan pengetahuan dan kemahiran mereka. Kemahiran ikhtisas ini sangat penting bagi setiap guru kerana ini akan mendorong guru menyampaikan pengajaran bermutu kepada pelajar. Paling penting, guru hendaklah sedaya upaya meningkatkan teknik pengajaran dalam bilik darjah. Keberkesanan aktiviti pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah perlulah dikaji agar murid dapat impak yang maksima. Bagi memperkembangkan kemahiran, guru boleh mengikuti kursus-kursus peningkatan professionalisme yang dianjurkan oleh Jabatan Pelajaran Negeri, Pejabat Pelajaran Daerah mahupun Bahagian Pendidikan Guru. Kursus-kursus ini termasuklah Kursus Dalam Perkhidmatan dan Kursus Dalaman yang dilaksakan oleh pihak sekolah.
Penyelidikan tindakan pula bertujuan untuk mengesan keadaan dan masalah dalam amalan-amalan pendidikan terutamanya mencari kelemahan-kelemahan atau masalah yang terdapat dalam sistem pendidikan atau pengajaran seorang guru. Menurut Kurt Lewin ( 1952 ), penyelidikan tindakan merangkumi empat peringkat iaitu, merancang, bertindak, memerhati dan membuat refleksi. Contohnya guru membuat kajian penyelidikan tindakan untuk mengetahui strategi, kaedah dan teknik yang paling sesuai untuk mengajar, perancangan aktiviti, pemulihan dan pengayaan, penggunaan bahan-bahan pengajaran dan pengurusan aktiviti kumpulan. Namun guru tidak seharusnya lupa bahawa topik yang hendak dikaji perlu berkait dengan masalah pengajaran yang sebenar di dalam bilik darjah.
            Refleksi pula penting untuk mengetahui kebaikan dan kelemahan pengajaran dan pembelajaran, seterusnya guru dapat memperbaiki dan mengubahsuai semula kaedah mengajar supaya keberkesanan proses pengajaran dan pembelajaran dalam bilik darjah tercapai. Refleksi sangat wajar dibuat bagi setiap sesi pengajaran dan pembelajaran agar guru dapat memikirkan kaedah terbaik dalam pengajaran.
            Bagi meningkatkan budaya ilmu pula, terdapat enam bidang yang perlu diberi perhatian. Enam jenis bidang itu ialah budaya membaca, budaya berfikir, budaya belajar, budaya berkarya, bermusyawarah dan refleksi. Guru yang mempunyai konsep kendiri yang baik seperti yakin, bersikap terbuka, percaya dan mempunyai nilai-nilai diri yang baik akan membantu menjadikan mereka guru yang berkesan.
            Bagi menjamin bahawa seorang guru itu professional, guru perlu menguasai atau mempunyai pengetahuan dasar minimum yang mencukupi sebagai guru. Antara pengetahuan minimum itu ialah pengetahuan isi kandungan, pengetahuan pedagogi am, pengetahuan kurikulum, pengetahuan kandungan pedagogi, pengetahuan tentang pelajar dan ciri-ciri diri, pengetahuan konteks penting dan pengetahuan falsafah, matlamat, tujuan, nilai dan sejarah pendidikan.
            Satu perkara yang tidak kurang penting ialah kepekaan guru terhadap perkembangan pendidikan negara dan di dunia. Setiap guru perlu bersedia untuk menerima sebarang perubahan dalam pendidikan termasuk menerima inovasi baru, belajar kaedah terbaik, menggunakan teknologi terkini dan menilai keberkesanan pendidikan yang diaplikasikan di luar negara.

2.